berteleku aku sendirian..
merinduimu siang dan malamku..
berikan aku secangkir senyumanmu..
hadiahkan aku secubit kasih sayangmu..
buah hatiku..
lumpuh saparuh badanku..
mengenangkanmu..tertib hidupku mencintaimu..
ranap sudah ego ini musnah segala amarahku..
buah hatiku..
perit aku mencintai dan menyayangimu..
sesak nafaskan memikirkanmu..
andai DIA menciptakan kamu untuk ku..
aku untuk kamu..
biarlah ia kekal hingga hujung waktu..
warna-warni kehidupan kita..
seindah gapura alam maya..
biarlah alam merestui..
demi cinta tiada penghujungnya...
demi kehidupan yang hakiki..
cintai aku..
rindui aku..
sebagaimana aku..
buah hatiku..
hitunglah bintang di langit..
hisablah warna di bumi..
campurkan bersama puin-puin buih di lautan..
adakah cukup untuk aku mencintaimu??
buah hatiku..
andai suatu masa nanti..
kujur tubuh ini kaku di hadapan mu..
tidak kita dapat menuai tua bersama..
tabahkan dirimu kerana masing-masing tahu..
jodoh kita ada dimana-mana..
pindahkan CINTAMU kepada yang maha satu...
Tanda tanda mata sudah rabun !
6 days ago
0 comments:
Post a Comment